Search
Search
Main sukan dart boleh kurus?

Main sukan dart boleh kurus?

Kisah En.suami pula, perbezaan gambar di tahun 2019 dan 2022.

Baju yang sama cuma saiz orang kecil sedikit. Dulu nampak sendat bulat. Berat pon turun 10kg. En.suami pon dah ubah gaya pemakanan sikit demi sedikit.

Kalau dulu teh tarik pagi, tengahari hari, petang malam. Sekarang hanya sehari sekali sahaja. Makan makanan guna teknik bakar rebus grill sahaja. Ada masa tu makan juga yang bergoreng dan bersantan.

Bila umur En.suami berganjak dari 30an ke 40an dah kena ubah gaya hidup dan pemakanan.

Aktiviti sukan main dart 🎯, nampak macam tak mencabar aktiviti tu kan. Tapi perlu kan kesabaran, penafasan, banyak berjalan pergi balik dan pergi balik, postur tubuh yang betul untuk buat balingan, kena juga guna otak untuk buat kira kira katanya.

Penulis: Mala Din
Sumber: Group Facebook Diet Suku Suku Separuh

JanjiKurus