Search
Search
Aku bagitau yang aku kurus dengan doa je.

Aku bagitau yang aku kurus dengan doa je.

“Kurus dengan doa je bro”

Begitulah jawapan bila kawan kawan tegur aku ni dah semakin kurus.

Begini ceritanya..

Masa awal 2021 berat aku naik 93kg dari asal 85kg waktu aktif kayuh.

Pasal lama sangat offseason tak kayuh jadi berat naiklah.

MCO adalah alasanku.

Aku dah letak azam 2021 nak turun ke 80kg.

Dan naikkan FTP kepada 240watt.

Jadi watt/kg adalah 3.0 which is baguslah bg weekend rider macam aku ni.

Taklah asyik kena drop dengan kawan kawan yang selalu sembang santai je, slow je cett!

Nak angka 4.0 ke 5.0 adalah angka pro memang tak la.

Jadi aku bermula dengan subscribe Zwift ( bini aku yang bayarkan sebagai galakan)

Lepas sebulan Dari 93kg jatuhlah 87kg.

Lepas tu sebulan lagi dia tak turun.

Aku dah agak pasal makan minum ni.

Aku ni suka makan dessert dan milo.

Macam engkorang suka sap kok la.

Kejap kejap lepas makan ada je benda manis nak telan.

Pasal tu aku suka cendol.

Dipendekkan cerita aku kurangkan benda manis ( baca kurang) makan seminggu sekali je.

Milo pun tak sentuh beb langsung.

Balik kampung je ayah ibu pelawa takkan nak tolak.

Turunlah 83 kg alhamdulillah.

Masa tu dah happy pasal dah turun 10kg.

Dah ringan lebih dari sebiji basikal beb ( sebiji basikal now is 7kg aku letak tanda aras)

Tapi macam biasa, jaga makan training kependa berat sama juga jugak lepas tu.

Ada sebulan lagi masa tu hujung November nak turun 3 lagi kg.

Aku pulak bukan jenis nak buat crash diet buat something for numbers tapi lepas tu kembali ke tabii lama tak guna jugak.

Buntu..

Aku berdoa kepada Allah,

“Allah turunkanlah berat aku ke 80kg lagi jika ianya memberikan aku kesihatan yang lebih baik dan buat aku ringan kyuh naik bukit”

Maha suci tuhan.

Dia makbulkan doaku itu.

Aku kena Covid start ada simptom 1hb Disember 2021 dikuarintin sampai 14 Disember.

Sakit tekak.

Batuk.

Demam.

Tiada selera makan langsung.

Sehari berat turun 300g – 500g.

Keluar kuarintin berat jatuh 78 kg!

15kg hilang sama dengan berat 2 basikal!

Bayangkan selama ni kayuh memanjat Peres dan Genting Sempah dengan mengendong dua basikal ?

Jadi kat sini aku nak cerita.

Kau diet ke.

Kau senam ke.

Kalau tak kurus juga mintaklah pada Allah.

Kau nak kurus atas izin Nya sahaja.

Jadi kalau orang tanya adakah aku kurus pasal aku punya usaha?

Tak beb.

Manusia punya asa, tuhan jugak punya kuasa.

Thanks juga pada family aku yang bg galakan jalani hidup sihat.

P/s: yang penting sihat.

Penulis: Muhammad Luqman Ayob
Sumber: Facebook Personal

JanjiKurus