Search
Search
Kakcik buat cara ni saja nak kurus.

Kakcik buat cara ni saja nak kurus.

2010 ( 30 tahun) vs 2021(41 tahun).

Berat 80kg vs 55kg

KC share tips dan jadual pemakanan KC k.

Tips untuk kurus KC (kc for kakcik)

1. Betulkan niat. Niat nak jaga tubuh badan menjadi sihat dan minta dijauhi dari segala penyakit kerana menjaga tubuh badan yang dipinjamkan ini juga salah satu amanah Allah. Semoga Allah bagi kita kesihatan yang baik dan ringankan lah beratku ya Allah untuk memudahkan segala urusan ibadah dan riadahku. Menjaga keluarga dan mencari rezeki dengan sihat dan kuat. Insyaallah semua akan berjalan lancar. Kurus dan sihat akan muncul sebagai ganjaran Insyaallah.

2.Selalu bahagia dan tolak stress ke tepi. Stress juga mengudang kesusahan untuk kurus dan sihat.

3. Ini amalan setiap pagi KC. Selalu minum smoothie setiap pagi sebelum KC buat yoga atau senaman dan pekerjaan permulaan pagi, KC akan minum smoothie untuk kesihatan liver. Penjagaan liver/hati ni bukan luaran ja, dalaman kita juga iaitu rohaniah kita kena jaga juga.

Penyakit hati rohaniah harus di hindarkan. Selalu happy tengok orang happy. Jangan suka kecam-kecam dan cari salah/cela orang. Baiki penyakit hati. Pupuklah hati yang harmoni selalu. Insyaallah akan lancarkan segala urusan kita.

4. Makan berhenti sebelum kenyang adalah calory counter KC. Jika anda makan tak kenyang-kenyang, mulakan dengan pengiraan kalori pengambilan makanan harian. Konsep pemakanan suku-suku separuh menjadi pilihan. Suku nasik suku protin separuh sayuran dan buah.

5. Lebihkan minum air kosong setiap hari ikut keperluan tubuh.

6. Bila dah kurus, untuk maintain berat ideal pula adalah maintainkan segala usaha kita dan pemakanan sihat kita waktu kita nak kurus dulu. Jangan dah kurus mula kembali kepada life style lama kita.

Makanlah makanan yg anda gemar dan bertukar kepada gaya hidup sihat. Diet itu bukan penyiksaan. Diet yang betul dengan konsep fahaman yang betul adalah kenikmatan berpanjangan buat kesihatan tubuh badan.

Jadual pemakanan KC.

KC makan 5-6 kali sehari.

15%-20% senam
Yoga dan berjalan di taman/ treadmill.
Mengemas rumah juga adalah senaman KC juga.

80% makan sihat
Air kosong 2 liter atau lebih bila dahaga.
Air ni minum ikut pada berat masing-masing.

6.00 pagi – Bangun

Bangun subuh pukul 6 pagi KC akan minum segelas air bersama 1 sudu Apple Cider Vinegar ( kc pilih jenama BRAGG).

Tujuan, kita nak flush bakteria jahat selain ianya juga membantu dalam pemecahan protin yang kita ambil. Boleh jugak diamalkan 2 jam sebelum tidur. Tapi tak semua sesuai dengan ACV ( Apple Cider Vinegar).

KC amalkan dulu sebab doktor yang merawat gastrik suruh amalkan. Memang berkesan secara natural merawat gastrik.

Now i am ok dah. Takde gastrik teruk macam dulu. Namun bagi yang dah ada ulser teruk dalam perut, tak sesuai untuk consume. Tak semua sesuai. Boleh gantikan dgn air kosong campur dengan habbatusauda dan sedikit madu atau paling-paling pun segelas air kosong saja.

ACV nilah paling banyak bantu KC menguruskan badan. Dia kontrol paras gula dalam darah. Nanti boleh tengok ucapan dari doktor pakar (Dr Noordin) dalam youtube berkenaan khasiat ACV ni.

Bagi anda tak suka ACV boleh je minum segelas air kosong bersama madu dan habatussauda pun bagus. Habis-habis sangat takde., air kosong je pun boleh.

7.30 pagi – Sarapan Pagi

Selalunya KC akan minum smoothie buah& sayur+rolled oat. Kalau KC sempat KC akan buat roti whole grain bakar letak salad-salad dan telur/ nasik goreng sihat banyakkan sayur-sayuran. Goreng bersama olive oil dengan tumisan perlahan/ nasik lomak pun sodap. Boleh makan. Sambal kurangkan lebihkan timun. Jaga portion nasik.

10.00 pagi – Snack 1

Kekacang atau biskut oat bersama secawan hot coklat /secawan green tea.

12.30 Tengahari – Makan Tengahari

Makan nasik ikut pinggan sihat malaysia
Suku nasi
Suku protien
Separuh sayur dan buah
Menu-menu berpantang antara pilihan kc

3.00 Petang – Snack 2

Makan snack yang sihat dan lazat macam kacang.

5.30-6.30 petang – Makan Malam

Ubi kentang bakar bersama dada ayam grill atau
Salad telur bersama jagung dan salad atau
Ubi keledek ungu atau ubi oren rebus makan bersama ikan bakar dan sayuran.

Ikut kegemaran anda. Selalunya kc tak amik nasik untuk dinner. Variasikan dengan bijirin lain. Nak makan nasik pun boleh. Apa beras pun takpe, janji suku dari pinggan hidangan.

8.00 malam – Snack 3

Makan snack yang sihat dan lazat macam kacang.

Sekian dari KC kacak.

Penulis: Shida Razak KC
Sumber:
Group Facebook Diet Suku Suku Separuh

JanjiKurus