Search
Search
Dari 60kg ke 47kg.

Dari 60kg ke 47kg.

Assalamualaikum warga DSSS semua.

Siapa yang masih ingat saya yang pernah post tentang perjalanan diet saya setahun yang lalu dalam DSSS 😊

Saya ibu kepada 4 orang anak. Umur saya dah 30 tahun. Alhamdulillah saya bersyukur kerana group ini yang dulu nya banyak sangat membantu saya dalam proses menurunkan berat kepada berat yang ideal sehingga sekarang ❤

Dah setahun lebih berlalu. Dan saya bersyukur sangat sebab berat masih maintain even dah tak amalkan diet sangat sejak berat dah maintain. Apa yang saya boleh share dengan sahabat2 yang lain jika kita inginkan sesuatu tu harus ada niat yang betul dan sungguh2 kerana apa?

Dulu saya diet semata mata nak capai berat ideal dan memudahkan ibadah seharian saya. Bila badan dah ringan memang automatik badan pon ringan, selesa dan rajin nak beribadah dan buat kerja2 seharian.

Saya doakan semoga rakan2 dalam group ni akan sntiasa ada semangat yang kental untuk jalani proses diet dan fasa2 diet. Jangan putus asa dan abaikan apa pon yang orang sekeliling cakap. Fikir positif dan niatkan yang baik2 sepanjang fasa diet.

Insha Allah pasti dipermudahkan segalaNya untuk kita semua ❤🤲

Usaha, doa dan tawakkal guys itu lah key point dalam fasa diet 🌸

Terima kasih group DSSS 💋

#dietuntuksihat#fasamaintain#DSSS

Penulis: Nur Aien
Sumber: Group Facebook Diet Suku Suku Separuh

JanjiKurus