Search
Search
Bertahun-tahun obesiti.

Bertahun-tahun obesiti.

HARAP DAPAT MEMBANTU.

Bertahun-tahun obesiti.

Macam-macam cara dah guna tapi masih gagal turunkan berat.

Macam-macam jenis diet, jenis workout dah buat tapi tetap gagal. Bukan silap diet atau workout. Tapi silap sendiri sebab tak mampu KONSISTEN. Ya, itu masalah saya.

Saya memang tak mampu nak konsisten semua tu. Sebab saya rasa tertekan buat semua tu untuk jangka masa panjang.

Ilmu dah cukup belum mampu ubah diri kalau tak lakukan dengan KONSISTEN.

Akhirnya saya jumpa penyelesaian apabila saya kaji tentang :
➡️ Apa sebenarnya saya nak.
➡️ Tahap mana kemampuan saya.

Dan saya bina program sendiri khas untuk saya tanpa ikut cara org lain sebab saya sedar setiap orang punyai berbagai perbezaan termasuk minat dalam makan, workout, situasi, pekerjaan dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah saya berjaya turunkan 105kg ke 69kg dalam masa 3 tahun tanpa lalui sebarang stress.

Dan saya tak rasa saya dalam “mood” diet sebab setiap pagi saya bersarapan dengan mee goreng, lunch dengan nasi ayam goreng seolah2 ‘langgar pantang’ diet.

Tapi itulah yang sebenarnya kita akan dapat bila kita KENAL diri kita dan tahap kemampuan kita. Saya tak struggle dalam diet. Hanya adjust sedikit saja meal plan mengikut kondisi badan dan kehidupan harian.

Saya turun 10kg pertama saya TANPA WORKOUT dlm masa 3 bulan. Tapi saya sedar bukan bukan angka pada scale menjadi matlamat utama.

Matlamat utama saya adalah “get fit” sebelum umur mencapai 40 tahun jika dipanjangkan umur.

So sekarang saya masih dalam program yang saya reka khas untuk diri saya. Kali ni ada “workout” dalam program tu. Haha.

Tapi, kali ni saya tak rasa tertekan langsung seperti waktu saya bermula kerana badan dah “adapt” dengan situasi terkini.

Jadi, nasihat peribadi saya kepada semua yang “sangkut” dalam proses nak turunkan berat kerana STRESS, cuba re-program balik dan lihat kelemahan kat mana. Adjust kat situ. Program kena la sesuai dgn diri supaya proses akan lebih mudah INSYAALLAH.

Penulis: Hamzah G
Sumber: Group Facebook Diet Suku Suku Separuh

JanjiKurus