Search
Search
Turun 41kg dalam 3 bulan. Laki ini nyaris ke alam barzakh.

Turun 41kg dalam 3 bulan. Laki ini nyaris ke alam barzakh.

TURUN 41KG!! DALAM 3 BULAN!! LAKI INI NYARIS KE ALAM BARZAKH!!

So semalam ada orang kata, dia turun 5kg dalam tempoh 10 hari. Dan ramailah yang bertanya bagaimana dia buat tanpa fikirkan kesan baik dan buruknya.

5kg tu tak cukup hebat tuan puan. Saya buat 12 kg dalam tempoh 10 hari dan 41 kg dalam tempoh 3 bulan!!!

So ada yang nak follow?

Tapi kesan tanggung sendiri.

Disclaimer : Saya tak bertanggungjawab jikalau anda buat dan terima komplikasi atas kejahilan sendiri. Perkongsian ini hanya untuk anda belajar dari kesilapan dan pengalaman peribadi penulis.

So Julai 2020 saya masuk klinik obesiti dan disuruh buat bariatric surgery. Untuk buat bariatric saya kena buat persediaan turun berat badan terlebih dahulu dan kena buat 1 crash diet dipanggil VLCD (Very Low Calorie Diet) selama 3 bulan untuk turun atleast 30-40kg sebelum prosedur bariatric dilaksanakan.

Basically VLCD ni kita hanya disuruh makan meal replacement 4 kali sehari + suplement protein (myotein) dan kota perlu dipantau oleh doktor setiap 2 minggu sekali.

Total kalori seharian ialah dibawah 800kalori sehari. So bro cuba ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Tiap 2 minggu jumpa doktor. Peringkat awal saya jadi teruja sebab berat turun laju gila!!!

Dalam tempoh 10 hari turun dekat 12KG!!!

Jadi keterujaan tersebut bawak padah bila saya mula jadi obses dan mula kurangkan meal replacement dari 4 kali sehari kepada hanya 2 kali sehari sahaja!!!

Bermakna ambilan seharian saya hanya sekitar 500 kalori sehari!!! Kesannya? 3 kali masuk wad 1 kali berada di zon kuning.

Gerd + anxiety Arrhythmia Low blood pressure. Pucat dan cengkung. Badan kurang nutrisi. Kerap pitam flabby dan gelebeh. Bayangkan perut tu londeh sampai ke peha ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Otot susut menjadikan kaki dan tangan saya kecil tapi badan tak kurus pun!! Walaupun saya alami kesan diatas saya tak serik!!!

Saya skip jumpa doktor sebab pkp, saya terus buat kerja gila ni sampai satu tahap berat saya plateu setelah turun hampir 41kg dalam tempoh 3 bulan!!!

Waktu ni (gambar kiri baju biru berat dari 151kg – 110kg) ramai kawan tegur saya sakit. Mereka kata saya nampak pucat dan letih. Mereka bagitau badan saya nampk pelik!! Tangan nampak panjang dan badan bongkok sebab asyik tunduk sebab perut sakit.

Itulah bayaran mahal yang saya bayar atas kebodohan sendiri yang cuba buat diet tanpa ilmu. Dah lah bodoh skip jumpa doktor dan memandai2 buat diet sendiri. Nasib tak mati.

Saya untung sedar awal. Saya stop buat kerja gila dan mula cari ilmu. Saya belajar cara kira kalori dan ilmu food exchange dengan dietition bertauliah.

Saya bayar untuk belajar secara personal selama 3 bulan dan mula susun makanan. Akhirnya saya tak perlu buat bariatric pun dan berjaya turunkan berat dari 151kg -74kg (baju hitam).

Saya mula faham tentang kalori deficit, tentang bmr dan dcr, tentang makro pemakanan dan macam macam lagi.

Barulah saya dapat jadi seperti gambar kanan. Bila amalkan diet yang betul saya berjaya keluar dari plateau, tak pernah rasa stress diet, tak pernah rasa nak pitam dan lemah, badan kurang flabby dan lebih pejal berotot ( sebelum ni badan saya macam jelly tau) dan lebih bertenaga.

Saya dah tak masuk hospital sebab kekurangan nutrisi. So anda boleh pilih. Nak jadi saya yang kiri (baju biru) atau saya yang kanan ( baju hitam)?

Kalau nak mati cepat boleh follow baju biru dan teruskan crash diet anda ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Kalau nak sihat amalkan dsss dan diet yang betul supaya boleh berjaya turunkan berat badan dengan sihat seperti baju hitam. Pilihan ditangan anda!! Laju laju turun nak pergi mana weyh!!!

Penulis: Ahmad Anwar
Sumber: Group Facebook Diet Suku Suku Separuh

JanjiKurus