Search
Search
Resipi menu bulan Ramadhan.

Resipi menu bulan Ramadhan.

Antara menu untuk ramadhan✌🏻

Resepi ada disetiap gambar:

1️⃣Menu sahur

1️⃣ SAHUR
Tuna Egg Salad Sandwich (370 kcal) 25g protein

• Roti Wholemeal dibakar- 2 keping
• Telur Rebus – 2 biji
• Tuna dalam air – 1/2 tin
• Sayur- sayuran (potong kecil)
– Timun
– Lobak Merah
– Lada Benggala
– Daun Bawang
– Bawang Merah
– Daun Parsley
• Yogurt Asli – 2 sudu makan (30g)
• Lada Hitam Kisar
• Garam

1️⃣ Hancurkan sebiji telur & gaulkan bersama tuna tin + yogurt + sayur- sayuran + lada hitam kisar + garam
2️⃣ Letak sebiji telur rebus yang telah dibelah dua atas roti
3️⃣ Letakkan campuran no (1) diatas telur rebus
4️⃣ Letak roti lagi satu atasnya + potong & siap untuk makan


2️⃣Menu berbuka puasa

2️⃣ BERBUKA
Sizzling Yee Mee (656 kcal) 40g Protein

RESEPI SIZZLING YEE MEE
[PERAPAN AYAM]
• Dada Ayam – 150g
• Kicap Cair Kurang Masin – 2 tsp / 10ml
• Bawang putih Cincang – 2 ulas / 8g
• Halia cincang – sedikit

1️⃣ Perap 1-2 jam / semalaman lebih sedap

[KUAH SIZZLING]
• Bawang Putih – 1 ulas
• Bawang Merah – 1/2 biji saiz kecil
• Lada kering – 2 tangkai
• Cendawan shiitake – 3-4 butang
• Air – 1 cawan sederhana
• Ayam yang telah diperap
• Sos tiram – 1 tsp / 5g
• Kicap pekat – sedikit tak sampai 1/2 tsp
• Lada hitam kisar
• Bancuhan tepung jagung – tepung 3g
• Minyak – 5ml

1️⃣ Tumis bawang putih + merah + lada kering + cendawan shiitake dengan sedikit minyak
2️⃣ Masukkan air + perapan ayam
3️⃣ Masukkan sos tiram + sedikit kicap pekat untuk nampak kuah lebih menarik
4️⃣ Masukkan lada hitam kisar + bancuhan tepung jagung. Masak sehingga kuah sedikit pekat

[LAIN- LAIN]
• Yee mee – 1 gulung (291 kcal)
• Telur – 1 biji
• Sawi jepun – 1 batang pokok

❌ Saya tak letak tambahan garam sebab dah cukup rasa dengan bahan-bahan yang ada❌ 


3️⃣Menu sampingan berbuka puasa

3️⃣ MENU SAMPINGAN BERBUKA/ MOREH
Murtabak Spiral (458 kcal) 35g protein

• Telur : 2 biji
• Sayur-Sayuran
– Bawang merah
– Bawang putih
– Lobak merah
– Lada benggala
• Daun bawang
• Kubis ungu
• Cendawan shiitake
• Ayam cincang dah dimasak : 100g [mentah]
• Spiral pasta dah direbus: 50g [mentah]
P/s : boleh guna pasta makaroni
• Serbuk kari
• Lada Hitam kisar
• Garam

1️⃣ Campurkan kesemua bahan & masak atas kuali dengan api kecil sehingga masak

P/s : saiz murtabak spiral didalam gambar adalah 5 inch. 


4️⃣Menu moreh

4️⃣ MOREH
Roti Bakar Udang (265 kcal) 23g protein

• Roti wholemeal potong 6 – 2 keping
• Udang (12 ekor) – 100g
• Bawang putih – 2 ulas
• Daun limau purut (dihiris)
• Daun ketumbar (dihiris)
• Lobak Merah (potong kecil)
• Telur (1 biji) – putih telur sahaja
• Jus limau nipis
• Garam

1️⃣ Kisar ATAU cincang kesemua bahan untuk dibuat inti udang kecuali roti wholemeal.
2️⃣ Letakkan inti udang (1) keatas roti yang telah dipotong.
3️⃣ Gunakan api kecil & masak semua bahagian sehingga semua bahagian garing & keluar sedikit juicy dari inti udang dia atas non-stick pan.

P/s : Telur kuning boleh sapu atas roti tapi saya tak letak jadi kalori tak campur telur kuning✌🏻 Saya bagi kucing saya makan sebab dia suka telur kuning. Tak membazir dekat situ☺️ 

Resepi ramadhan versi diet yang lain saya share disini : https://www.instagram.com/diaryizzxh

Banyak saya share menu dsss + resepi + anggaran kalori di dalam group ni. Boleh tekan nama saya dalam group juga✌🏻

Penulis: Nurul Izzah Zalani
Sumber: Group Facebook Diet Suku Suku Separuh

JanjiKurus