How does it feel like being 214kg guys?
Tak boleh berjalan dengan lama. Kaki terseliuh. Tak boleh masuk tandas awam. Tidak muat (pernah pergi RnR nak masuk tandas memang tak muat, tahan la sampai mentakab)
Wayang. Couple seat? Kena ambil 3 seat.
Pakaian dan fashion? Bob jeans, bundle, big size tu sahaja options anda ada. Sampai satu masa hanya kain pelikat sahaja muat dengan saya tu pun sarong sahaja tak perlu gulung gulung. Pergi mana mana juga akan jadi perhatian orang sebab kau agak besar dan senang nampak Keyakinan diri mesti drop sikit.
Bagaimana rasa sekarang bila berjaya hilang 120kg+?
Rasa bertenaga.
Berjalan? Merentas desa pon no hal
Wayang. Jarang-jarang pergi sekarang
Pakaian? Dah boleh beli di shopping mall, masuk boutique dan muat masuk fitting room
Pergi mana mana sekarang senyum je, sampai ada orang tegur saya ‘woi ngorat bini aku ke?!’ Dia tak faham kita dah happy, sebab mula ada keyakinan diri
Akhirnya perubahan diri ini semua bermula dengan satu matlamat sahaja . Demi masa depan saya sendiri
Kesihatan adalah no 1
Selamat berdiet semua.
Penulis:ย Ahmad Afif Zafran
Sumber:ย Group Facebook Diet Suku Suku Separuh