Search
Search
Hati-hati dengan pujian kawan kata kurus.

Hati-hati dengan pujian kawan kata kurus.

Orang nampak kakak kurus laa ni. Yang orang nampak tu, hasil, result.

Orang tak nampak usaha kakak selama hampir 11 bulan. Orang tak nampak bagaimana ada ketikanya kakak ke laut, bukan menangkap ikan, tapi hanyut, lupa daratan.

Ini gambar 15 Mei 2018.

Saja kakak tutup semua muka, biar awak tak tahu yang mana satu kakak.

Masa tu berat kakak sekitar 48-50kg, setelah beberapa bulan berusaha buang 7-9 kg lemak selepas bersalinkan Israr.

Kemudian, bila da dapat BMI normal, kakak terpedaya dengan dunia tipu-tipu. Bisikan tipu-tipu, suara tipu-tipu yang mengatakan kakak maintain kurus.

Hidup ini ada turun naik. Berat badan kakak pun turun naik. Kerana kakak seorang perempuan yang lemah, mudah terpedaya dengan ungkapan,

“Mana ada gemuk, kau maintain kurus”.

Kawan, kalau awak sedang berusaha turunkan berat badan dan kawan-kawan awak kata awak tak gemuk dan tak payah diet, percayalah, mereka sebenarnya tak bagi awak kurus.

Mereka nak awak gemuk dan gemuk lagi. Kakak cakap, berdasarkan pengalaman. Sebab tu kakak kembang dan terus mengembang bagai menelan yis mauripan.

Sepatutnya, bila ada kawan-kawan yang berusaha untuk turunkan berat badan, jangan halang dengan kata-kata “lupakan diet” , “buat apa diet” , “diet tu apa?”, tapi berilah sokongan kepadanya.

Sebenarnya, mereka bukan berdiet, tapi mereka sedang cuba mengubah cara hidup mereka.

Jadi, kenapa perlu diejek, dihalang kawan-kawan yang sedang mengubah lifestyle mereka?

Bukankah mereka sedang berusaha untuk hidup lebih sihat?

Dan, pada mereka yang sedang berusaha untuk ubah cara hidup yang lebih sihat, kenapa tak sabar?

Kenapa nak cepat, tapi sendiri tak ubah gaya hidup?

Kakak pun baru 11 bulan berusaha setelah 2 tahun hanyut. Kalau kakak pun boleh harungi semua ini, kenapa awak baru 11 hari da mengalah?

Mujur kakak diberi kesedaran dan perlu ubah tabiat makan kakak. Kakak tak boleh terus-terusan begini dengan BMI yang overweight.

Kakak ubah lifestyle kakak, daripada mengunyah setiap masa, kakak hanya mengunyah dalam masa yang dibenarkan sahaja.

Kakak cuba istiqomah dan disiplin. Dua benda ni penting jika awak nak ubah gaya hidup yang sihat.

Dan ia bukan kerja sebulan dua. Yang berusaha, In Shaa Allah, pasti berjaya.

Percayalah!

Penulis: Khaizura Khalid
Sumber: Facebook Personal

JanjiKurus