Search
Search
Gadis turun hampir 18kg selepas buat 9 perkara ini.

Gadis turun hampir 18kg selepas buat 9 perkara ini.

Start diet 10 Mac 2020 hingga sekarang. Lost 17.7kg dalam empat bulan lebih. Apa yang saya buat dalam empat bulan ni?

Actually saya buat ni untuk hadiahkan pada diri sendiri. Sempena birthday 1 Ogos nanti. Berat asal saya 79.8kg. Sekarang 62.1kg.

Dua tahun lepas pun saya pernah try produk. Tapi kesannya susah nak tidur dan senang stres, nak marah orang. Jadi selepas sebulan, saya terus berhenti. Bila berhenti naik balik. Jadi sekarang saya memang guna cara sihat je.

Pertama:
Saya cut gula… saya tak minum manis, minum air masak saja. Kalau saya teringin, saya gunakan stevia untuk gantikan gula.

Kedua:
Saya juga dah tak makan fastfood dan makanan proses. Dulu seminggu tiga hingga empat kali order fastfood saja sebab nak cepat, sebab kerja. Saya juga kurang makan makanan deep fry.

Ketiga:
Saya mula makan sayur dan buah. Dulunya saya cuma makan nasi dan lauk. Saya anti pada sayur sebab dari kecil tak minat, jadi saya variasikan menu sampai saya suka makan sayur. Snacking yang dulunya kerepek dan coklat saya gantikan dengan buah.

Keempat:
Yang pastinya saya amalkan suku-suku separuh setiap hidangan. Start diet, saya suka masak sendiri. Selain sihat, duit pun jimat.

Kelima:
Masa MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) hari tu saya workout dua hingga tiga jam sehari disebabkan banyak masa yang terluang. Bagi saya workout sangat penting untuk fit badan dan bantu pembakaran kalori dengan lebih banyak.

Keenam:
Lepas makan je ambil green tea. Kalau tak ada, saya akan gantikan green tea dengan lemon untuk membantu proses pembuangan. Senang lawas.

Ketujuh:
Adakalanya kalau saya rajin, saya akan buat Intermittent Fasting (IF). Ikut pada kemampuan masing-masing. Saya juga baru belajar diet. Saya buat macam puasa biasa je.

Kelapan:
Saya diet seorang diri pada mulanya. Kemudian pada satu tahap pernah rasa down sebab kurang info diet. Alhamdulillah, saya jumpa kawan yang sama-sama ada impian untuk kurus. Saya ada sokongan dan semangat dekat situ.

Kesembilan:
Lagi satu, cukupkan minum air masak setiap hari 3 liter.

Semuanya bergantung pada diri sendiri. Saya memang besar dari kecil dan tak pernah rasa kurus. Saya masih dalam proses penurunan sebab masih dalam kategori overweight.

Doakan saya kuat dan istiqomah. Saya doakan yang lain juga fit sebelum berakhirnya 2020 nanti.

Penulis: Rose Myza
Sumber: Mstar.com.my

JanjiKurus